SHAH ALAM: Kenneth De Silva mendahului hari pertama Kejohanan Golf Piala Toyota Cross, kejohanan kedua dalam siri Jelajah Toyota selepas mencatat enam bawah 66 di lapangan Glenmarie di sini, semalam.
Pemain berusia 34 tahun itu membenam tujuh birdie untuk mendahului permainan mengatasi lawan, Galven Green dan Malcom Ting dengan kelebihan satu pukulan manakala Ben Leong dan Nicholas Fung ketinggalan empat bawah.
De Silva yang meraih gelaran pertamanya selaku pemain profesional pada ADT Sarawak pada 2012 agak terkejut dengan permainannya berbanding dengan persiapan yang dibuat.
“Agak lama juga saya tidak bermain tetapi pukulan putt saya banyak membantu,” katanya yang mengakui terlepas beberapa putt, namun tidak mengecewakan memandangkan agak lama tidak beraksi.
Kali terakhir De Silva menjuarai siri jelajah ialah di Kejohanan Kinrara 2015 dan dia juga menamatkan saingan di tempat 14 pada Jelajah Toyota 2023 Order of Merit.
Sementara itu, Green yang dianggap pemain pilihan kejohanan berpuas hati dengan permainannya dan mengakui keadaan lapangan yang agak sukar ekoran hujan, namun berharap permainannya pada hari ini lebih baik daripada semalam.
Dalam pusingan pertama, semalam Green mencatat empat birdie dan eagle pada par lima lubang 11 dan dia juga melakukan birdie pada par empat lubang 13. – UTUSAN
Kedudukan hari pertama.
Lelaki
66 Kenneth De Silva
67 Galven Green, Malcolm Ting
68 Nicholas Fung, Ben Leong
69 Daeng Rahman, Nor Heikal Hadi, Sukree Othman, Paul San
70 U-Minn Woon, R Nachimuthu
Wanita
73 Ainil Johani Bakar
74 Tan Ying Ying
75 Amalia Shahzan, Audrey Tan
77 Qistina Balqis, Dianne Luke










