Zii Jia mara ke pusingan kedua All England

Zii Jia mara ke pusingan kedua All England

LEE Zii Jia tumbang kepada Viktor Exelsen pada perlawanan pertama dalam aksi menentang Denmark dalam saingan Kumpulan D Piala Thomas 2024.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pemain perseorangan lelaki No. 1 negara, Lee Zii Jia berjaya melepasi halangan wakil Jepun, Kodai Naraoka pada pusingan pertama Kejohanan Badminton All England di Arena Birmingham, semalam.

Zii Jia yang menghuni ranking No. 10 dunia mengetepikan pemain No. 6 dunia itu menerusi kemenangan straight set 21-12, 21-19.

Pemain kelahiran Kedah itu yang pernah merangkul gelaran All England pada 2021 bakal berdepan pemain No. 11 dunia, Loh Kean Yew dari Singapura pada pusingan kedua, esok.

Kejayaan Zii Jia turut merapatkan rekod pertemuan mereka berdua kepada 2-3.

Mengikut jejak langkah Zii Jia ialah beregu campuran negara, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei yang berjaya membalas dendam di atas kekalahan mereka kepada Dechapol Puavaranukroh-Sapsiree Taerattanachai pada final Thailand Masters, bulan lalu.

Beregu No. 9 dunia itu mencerahkan peluang merebut slot ke Sukan Olimpik 2024 di Paris, Julai ini selepas mengejutkan pasangan Thailand yang menghuni ranking No. 6 dunia itu dalam aksi yang diheret sehingga ke set penentuan 21-14, 12-21, 21-15.

Menanti mereka di peringkat 16 terbaik ialah sama ada beregu Denmark, Mathias Thyrri-Amalie Magelund atau Robin Tabeling-Selena Piek dari Belanda.

Kemaraan Tang Jie-Ee Wei menyaksikan Malaysia memiliki tiga wakil dalam saingan beregu campuran pada pusingan kedua.

Dua beregu berpengalaman, Goh Soon Huat-Shevon Jemie Lai dan Tan Kian Meng-Lai Pei Jing terlebih dahulu mara ke peringkat seterusnya, semalam.

Bagaimanapun, wakil tunggal perseorangan wanita Malaysia, Goh Jin Wei terkandas awal setelah tumpas kepada pilihan keenam dari China, He Bing Jiao 15-21, 20-22 dalam masa 37 minit.

Nasib serupa turut mengiring beregu lelaki negara, Man Wei Chong-Tee Kai Wun yang tunduk kepada pasangan Jepun, Akira Koga-Taichi Saito 21-23, 18-21. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN