TNB mula langkah buru juara treble

TNB mula langkah buru juara treble

TNB meraih dua kejuaraan, bermula Piala Sumbangsih pada awal musim dengan mengalahkan Pasukan Hoki Terengganu (THT) dan terbaharu menamatkan penantian 21 tahun untuk bergelar juara Liga Hoki Malaysia (MHL) 2024. - UTUSAN MUHAMAD IQBAL ROSLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pengendali pasukan Tenaga Nasional Berhad (TNB), Nur Saiful Zaini kekal optimis anak-anak buahnya mampu menjinakkan Kuala Lumpur (KL) City pada perlawanan suku akhir hoki Piala TNB hari ini.

Piala TNB yang kini menjadi buruan skuad TNB setelah menjuarai Piala Sumbangsih dan Liga itu, lebih bersedia dengan corak permainan KL City menjelang perlawanan hari ini.

“Kami akan teruskan cara kami bermain semasa menang 22-1 lawan JM Antsbee. Dapatkan rentak dan perbaiki apa yang boleh untuk kutip tiga mata penuh nanti.

“Saya dapat lihat KL City akan mengubah strategi mereka setelah TNB kalahkan mereka (KL City) 13-0 minggu lalu.

“Kalau di atas kertas, kami memang selayaknya menang dan mara ke separuh akhir. Walau bagaimanapun, TNB bersedia dengan corak permainan mereka (KL City) nanti.

Dalam satu lagi saingan suku akhir, pengurus pasukan Maybank, Zamzam Mohamed Ali meletakkan Piala TNB sebagai sasaran nombor satu mereka selepas tewas kepada Pasukan Hoki Terengganu (THT) untuk menjadi naib juara Liga Hoki Malaysia (MHL).

Menurutnya, jurulatih Maybank Azrul Effendy Bistamam kurang berpuas hati dengan strategi dan corak permainan anak-anak buah nya pada penghujung musim liga MHL berikutan keciciran mata.

“Selepas kekalahan (lawan THT) kami telah mengadakan post-mortem selepas perlawanan. Kami mengarahkan supaya pemain mempraktikkan pada aksi menentang TNB Thunderbolts.

“Kami mahu buru Piala TNB ini untuk menebus semula kekalahan kami tempoh hari sekali gus perbaiki kelemahan yang kami sedia ada,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×