TANGGAL 4 Disember 2004 menjadi detik paling bersejarah buat bola sepak Perlis apabila buat pertama kali berjaya menjulang Piala Malaysia dalam tempoh 83 tahun. Meskipun sudah 20 tahun berlalu, suasana sorakan gemuruh puluhan ribu penyokong Singa Utara dalam Stadium Nasional Bukit Jalil pada malam tersebut dan detik menjulang Piala Malaysia sebagai ketua pasukan Perlis masih segar dalam ingatan Muhamad Kaironnisam Shahabudin Hussein sehingga ke saat ini. Pada malam tersebut, Perlis…








