KRISIS beras campur, ketiadaan beras tempatan, beras Madani dan terbaharu cadangan pengapungan harga beras menampilkan beberapa naratif polisi yang dibuat tanpa perhitungan mendalam. Naratif ini termasuk: – Kerajaan menumpukan perhatian kepada menangani masalah beras campur, tiada beras di pasaran serta harga tinggi tetapi tidak kepada ‘penyakit’ paling besar dalam industri padi dan beras negara, iaitu masalah struktur. -Polisi satu harga untuk beras yang dicampur-campur adalah bertentangan dengan dinamik kepelbagaian pasaran…