Manuel Ott kembali sarung jersi TFC

Manuel Ott kembali sarung jersi TFC

Manuel Ott
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA NERUS: Bekas kapten Kedah Darul Aman (KDA), Manuel Ott, kembali menyertai Terengganu FC (TFC) bagi musim baharu Liga Malaysia (Liga M), tidak lama selepas menamatkan kontraknya bersama KDA.

Pengesahan kehadiran pemain berusia 32 tahun itu dibuat menerusi pengumuman di media sosial rasmi TFC semalam sekali gus mengesahkan kepulangan Ott ke Pantai Timur.

Pengendali TFC, Tomislav Steinbruckner berkata, beliau yakin pemain kebangsaan Fi­lipina itu tidak memerlukan masa yang lama untuk menyesuaikan diri dengan corak permainan skuad Penyu.

Menurut Steinbruckner, Ott merupakan pilihan terbaik TFC untuk mengisi kuota awang import ASEAN yang sebelum ini diisi penyerang Thailand, Adisak Kraisorn dan Omid Nazari (Filipina).

“Penghijrahan Ott adalah keputusan terbaik untuk kedua-dua pihak, saya mengenalinya ketika menjadi Pengarah Teknikal TFC pada 2022 ketika pasukan ini di bawah kendalian jurulatih terdahulu.

“Dia (Ott) pemain yang berkualiti dengan pengalamannya dalam Liga M sejak beberapa tahun lalu dan diyakini dapat memberi kekuatan di bahagian tengah bersama pemain lain.

“Saya gembira dengan kehadiran beliau dan berharap akan memberi impak di posisi itu bersama Nurillo Tukhtasinov dan seorang lagi muka baharu, Akram Mahinan,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Ott memulakan kariernya bersama kelab ramaja dalam Bundesliga Jerman, TSV 1860 sebelum berkelana ke Asia Tenggara bersama kelab Filipina, Ceres La Salle dan United City serta Ratchaburi FC.

Pemain itu kemudian beraksi untuk Melaka United pada 2021 dan menyerlah bersama TFC pada 2022 di bawah kendalian jurulatih ketika itu, Nafuzi Zain dengan kedua-duanya berhijrah ke KDA, tahun lalu.

Namun ma­sa­lah tunggakan gaji yang me­landa diperca­yai menjadi antara punca penghijrahan besar-besaran tonggak import KDA dengan Ott turut me­namatkan kontrak  secara per­se­tujuan ber­sama, kelmarin. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN