Mampukah Zii Jia lepasi halangan Naroako?

Mampukah Zii Jia lepasi halangan Naroako?

LEE ZII JIA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pemain perseorangan negara, Lee Zii Jia sekali lagi turun ke gelanggang All England pada hari ini dengan harapan dapat mengulangi sejarah menjulang piala kejohanan tertua sukan badminton tersebut pada 2021.

Bagi saingan beregu lelaki, sudah 17 tahun wakil Malaysia tidak memenangi sebarang gelaran dan kali terakhir pasangan negara menjuarai All England ialah melalui Koo Kien Keat-Tan Boon Heong 2007.

Kali ini, harapan negara masih terletak di bahu wakil perseorangan dan beregu lelaki dengan Zii Jia serta Aaron Chia-Soh Wooi Yik dilihat lebih rea­listik menggalas cabaran.

Begitupun, prestasi semasa Zii Jia yang tidak konsisten dan sering kali terkandas di pusi­ngan awal menjadikan pemain yang menghuni ranking No. 10 dunia itu tidak diletakkan harapan besar melangkah jauh pada kejohanan itu.

Hari ini, dia bakal berdepan pemain No. 6 dunia dari Jepun, Kodai Naraoka pada peringkat 32 terbaik.

Rekod pertemuan 1-3 tidak berpihak kepada anak kelahiran Kedah itu, tetapi, satu-sa­tunya kemenangan yang dica­tat Zii Jia ialah pada All England, Mac tahun lalu.

Namun, selepas kemena­ngan tersebut, dua pertembu­ngan selepas itu pada Terbuka China, September tahun lepas dan Terbuka India, Januari lalu, menyaksikan Naraoka mampu menjinakkan Zii Jia walaupun pertembungan itu berlangsung sengit dalam tiga set.

Wong Tat Meng, jurulatih yang bertanggungjawab membimbing Zii Jia perlu mencari jalan untuk membawa keluar anak buahnya itu daripada belenggu kemerosotan.

Zii Jia perlu mencatat kemenangan untuk mengembalikan keyakinannya yang kian menghilang, sebelum berlangsung­nya Sukan Olimpik di Paris, Julai ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN