KUALA LUMPUR: Seramai 46 pemain bakal menjalani kem latihan pertama skuad hoki lelaki senior kebangsaan di bawah kendalian jurulatih baharu, Sarjit Singh yang dijadualkan bermula 19 Mac ini. Barisan kejurulatihan memilih pemain-pemain ini berdasarkan prestasi mereka semasa saingan Liga Hoki Malaysia (MHL) 2024. Sarjit berkata, pemain yang terpilih itu sesuai mengikut perancangan utama pasukan dalam menyediakan anak-anak buahnya menghadapi saingan Sukan Asia Aichi-Nagoya 2026. “Kita telah membentuk satu program untuk…