Greenwood bakal kembali ke Manchester United?

Greenwood bakal kembali ke Manchester United?

Manchester United belum mempunyai perancangan terhadap Mason Greenwood (kanan), namun pada masa yang sama tidak membenarkan Getafe memanjangkan tempoh pinjaman ke atas pemain itu. – AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Impian Getafe untuk memanjangkan tempoh pinjaman Mason Greenwood tidak mendapat lampu hijau daripada Manchester United.

Difahamkan, United hanya bersedia melepaskan pemain itu sekiranya mendapat tawaran perpindahan secara kekal daripada kelab kelab La Liga itu.

Pemilik bersama The Red Devils, Sir Jim Ratcliffe juga tidak menutup pintu untuk menerima semula Greenwood di Old Trafford pada musim depan.

“Kami perlu mempertimbangkan beberapa cadangan untuk Greenwood dan setakat ini tiada keputusan dibuat,” kata Ratcliffe mengenai masa depan Greenwood.

Greenwood dipinjamkan kepada Getafe pada 1 September lalu selepas pemain itu digantung susulan dakwaan serangan seksual terhadap bekas teman wanitanya.

Bagaimanapun, mahkamah Britain memutuskan semua pertuduhan ke atasnya berkaitan serangan seksual dan keganasan domestik digugurkan.

Sejak berpindah ke Getafe, Greenwood telah mempamerkan rentak konsisten apabila berjaya menjaringkan lapan gol dalam 24 perlawanan.

Bukan itu sahaja, penggempur berusia 22 tahun itu turut mencipta 23 peluang menja­ringkan gol, lima bantuan jari­ngan, 23 percubaan tepat dan 610 hantaran dalam semua pertandingan musim ini.

Situasi tersebut menyaksikan Getafe terdesak untuk me­ngadakan perbincangan dengan pengurusan The Red Devils sama ada mahu menebus kontrak Greenwood atau melanjutkan tempoh pinjaman. – AGENSI/UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN