Arif idam aksi Kejohanan Karate Dunia

Arif idam aksi Kejohanan Karate Dunia

MUHAMMAD Alif Affifudin (kiri) bersama rakan-rakan sepelatih karate selepas menerima insentif daripada Persekutuan Karate Malaysia (Makaf) di Kuala Lumpur, baru-baru ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Atlet karate negara, Muhammad Arif Affifudin Ab. Malik memasang impian untuk layak buat kali pertama ke Kejohanan Karate Dunia pada tahun hadapan.

Pemenang pingat emas Sukan Asia Hangzhou itu berkata, misi untuk melayakkan diri ke Kejohanan Dunia itu bermula di Kejohanan K1 Premier League di Turkiye.

Atlet berumur 25 tahun itu berkata, selain menyasarkan untuk layak ke Kejohanan Karate Dunia, dia juga be­rusaha untuk melonjakkan kedudukannya dalam ranking dunia.

“Tahun ini tidak ada kejohanan besar tetapi penting untuk melayakkan diri ke Kejohanan Dunia tahun hadapan. Ketika ini, saya di ranking ke-44 dunia dan perlu berada dalam Top 32 untuk menyertai kejohanan besar,” katanya.

Mengakui tidak mahu terlepas sesi latihan sepanjang Ramadan, Arif berkata, dia berbincang bersama rakan se­pasukan bagi menjalani latihan pada waktu malam.

“Di bawah kendalian jurulatih Tamer Abdelraouf Mohamed Mourssy, banyak pe­ningkatan tetapi masih banyak ruang untuk diperbaiki ter­utamanya tentang teknik.

“Sebelum Ramadan lagi, sa­ya sudah berbincang dengan jurulatih dan mendapatkan persetujuan rakan-rakan, kera­na dalam karate kebangsaan, hanya tiga atlet beragama Islam, majoriti bangsa India.

“Saya juga perlu mendapatkan persetujuan rakan-rakan un­­tuk sama-sama berlatih di wak­tu malam,” katanya.

Selepas kejohanan di Turkiye, skuad karate akan bersaing di K1 Premier League di Kaherah pada 19 hingga 21 April ini.

Sejurus selepas itu, Arif bersama-sama rakannya mengambil bahagian pada Kejohanan Karate Asia Tenggara (SeaKAF) yang akan berlangsung di Bangkok, Thailand, 24 hingga 26 April.

Dalam pada itu, Arif berkata, jurulatih juga meneruskan rancangan untuk menjalani latihan di Mesir, dan kali ini, atlet negara akan berpeluang menjalani latihan bersama atlet karate elit Mesir. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN