Tuah hantar Qatar ke separuh akhir

Tuah hantar Qatar ke separuh akhir

Penjga gol Meshaal Barsham dijulang rakan sepasukan selepas dianggap hero membantu Qatar mara ke separuh akhir Piala Asia 2023 menamatkan cabaran Uzbekistan 3-2 menerusi penentuan sepakan penalti, semalam. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

AL KHOR: Penjaga gol, Meshaal Barsham muncul hero apabila membantu Qatar mara ke saingan separuh akhir Piala Asia 2023 selepas menamatkan cabaran Uzbekistan 3-2 menerusi penentuan sepakan penalti, semalam.

Barsham menyelamatkan tiga sepakan penalti dan Pedro Miguel melengkapkan jaringan ketiga untuk mengesahkan kemaraan tuan rumah selepas perlawanan terikat 1-1 walaupun diheret ke masa tambahan.

Pemain-pemain Qatar memuji ketangkasan Barsham pada perlawanan tersebut, namun dia mengatakan kemenangan itu lebih kepada tuah yang memihak mereka.

“Dalam sepakan penalti semalam, ada kesungguhan dan tuah di sini. Saya bernasib baik kerana menerima tuah ini dapat menafikan tiga sepakan penalti,” katanya.

Qatar akan bertemu Iran pada perlawanan separuh akhir nanti selepas lawan mereka itu menyingkirkan pasukan pilihan, Jepun 2-1 sebelum itu.

Dalam sepakan penalti yang diambil, Qatar melepas dua peluang menerusi Almoez Ali dan Almahdi Ali.

Namun, Qatar kembali menghidupkan peluang menerusi Barsham yang berjaya menafikan sepakan kelima pemain Uzbekistan, Jaloliddin Masharipov.

“Saya pernah bermain dengan dia semasa mewakili kelab dan saya sudah dapat menjankakan dia akan menyepak bola ke tengah,” katanya.

Sementara itu, hasrat Uzbekistan untuk mara ke separuh akhir buat kali kedua tidak kesampaian.

Jurulatih pasukan, Srecko Katanec yang turut berbangga dengan anak-anak buahnya berkata, mereka sepatutnya mencari gol dalam perlawanan sebenar dan mengelak daripada penentuan sepakan penalti.

“Penalti selalu menyukarkan dan ia memberi tekanan kepada mental anda. Mereka sepatutnya mengelak daripada memilih penalti setelah mara begitu jauh dalam pertandingan ini. Namun, inilah bola sepak dan kita terpaksa menerimanya,” katanya. – AFP/UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×