PETALING JAYA: Skuad bawah 23 tahun (B-23) negara dijangka menyertai perlawanan empat penjuru yang akan berlangsung di Indonesia yang dijadualkan pada 18 hingga 26 Mac ini. Perlawanan itu bakal disertai skuad B-23 Arab Saudi dan Tajikistan selain penyertaan daripada tuan rumah. Pengurus skuad B-23 negara, Datuk Seri Shahril Mokhtar berkata, pasukan muda negara sememangnya bersetuju untuk menyertai perlawanan berkenaan namun perlu menunggu pengesahan daripada penganjur terlebih dahulu. “Memang kita mahu…










