Qatar, China uji skuad B-23 Malaysia

Qatar, China uji skuad B-23 Malaysia

HAMIDIN MOHD AMIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) kini sedang berbincang dengan Qatar dan China untuk dua negara itu menjadi lawan bagi menguji kemampuan skuad bawah 23 (B-23) negara.

Presiden FAM, Datuk Hamidin Mohd. Amin berkata, selain dua lawan itu, skuad B-23 yang dikendalikan Juan Torres Garrido juga akan berdepan India dalam aksi persahabatan di Malaysia.

“Kita (Skuad B-23 negara) akan lawan India di sini (Malaysia) dan kita juga akan menentang Qatar dua kali dan China sekali sebab kita sampai awal di sana (di Qatar untuk Piala Asia B-23),” kata Hamidin.

Sebagai rekod, skuad Harimau Muda berjaya menempah slot ke pusingan akhir Piala Asia B-23 selepas muncul empat pasukan naib juara kumpulan terbaik dalam aksi kelayakan.

Dalam kempen Piala Asia B-23 yang bermula April ini, ujian berat menanti skuad muda negara apabila diundi berdepan Kuwait, Uzbekistan dan juga Vietnam untuk mencapai misi mara ke peringkat separuh akhir.

Pada September lalu, anak-anak buah Garrido telah mengharungi dua aksi persahabatan menentan China di tempat lawan yang menyaksikan pasukan merekodkan satu kemenangan dan satu kekalahan.

Keputusan berkenaan dilihat positif selepas skuad muda negara berdepan lawan yang berada pada tahap yang lebih baik sebagai persediaan untuk kempen Piala Asia B-23.

Dalam masa yang sama, Hamidin menyerahkan segala pemilihan pemain di tangan pengendali kelahiran Sepanyol itu biarpun ramai yang berpendapat agak sukar untuk mendapat pemain berkelas bintang seperti Arif Aiman Hanapi.

Skuad negara berdepan tugas berat apabila FAM menyasarkan mereka untuk mara ke separuh akhir dalam kejohanan itu, biarpun dilihat sukar, ia tidak mustahil untuk direalisasikan oleh pemain.

Untuk rekod, tiga pasukan terbaik di Piala Asia B-23 akan layak secara automatik ke Sukan Olimpik Paris 2024 manakala pasukan di tangga keempat perlu bermain perlawanan ‘play-off’ dengan lawan dari benua Afrika. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN