“KEMER-DEKAAN media adalah salah satu wujud kedaulatan rakyat yang berasaskan prinsip-prinsip demokrasi, keadilan dan kedaulatan undang-undang.” – Pasal 2 Undang-Undang Nombor 40 Tahun 1999 Indonesia. Rang Undang-Undang (RUU) Majlis Media Malaysia merupakan salah satu RUU yang menjadi perhatian pada tahun ini. Cita-cita mewujudkan Majlis Media Malaysia (MMC) ini bukanlah suatu kisah yang baharu memandangkan sejak 2019 lagi, Kabinet ketika itu bersetuju mewujudkan MMC bagi menjaga kepentingan media dan para pengamalnya.…










