SEJAK penubuhannya selepas bergema laungan Reformasi, PKR melalui beberapa fasa dan liku kepimpinan sebelum akhirnya Presiden iaitu pengasasnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim dinobatkan sebagai Perdana Menteri ke-10 selepas Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15). Dari nama parti yang berubah, kepada pakatan politik yang berjalan seiring dengan perkembangan politik tanah air, ia satu proses yang terus mematang dan mendewasakan parti, pastinya di sana tuntutan perjuangan yang semakin mendesak dan lebih mencabar menanti.…










