SEMALAM kita memperingati peristiwa Israk dan Mikraj yang sering disambut pada 27 Rejab. Satu peristiwa besar yang berlaku sebagai antara mukjizat Rasulullah SAW. Ia juga bagi menguji keimanan orang mukmin dan orang kafir yang akhirnya membawa kepada gelaran al-Siddiq kepada Saidina Abu Bakar. Bayangkan dalam satu malam, Nabi Muhammad SAW melakukan perjalanan yang tidak pernah berlaku dalam sejarah manusia iaitu dari Masjidilharam di Mekah terus ke Masjidil Aqsa di Baitulmaqdis,…










