MAS mulakan siasatan dakwaan ‘tangan ghaib’

MAS mulakan siasatan dakwaan ‘tangan ghaib’

BARISAN kepemimpinan Persekutuan Renang Malaysia (MAS) mengadakan mesyuarat bersama Institut Sukan Negara (ISN) berhubung prestasi hambar skuad terjun semasa menyertai Kejohanan Akuatik Dunia 2024 Doha, baru-baru ini di Kuala Lumpur, semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Persekutuan Renang Malaysia (MAS) memulakan siasatan susulan dakwaan Datuk Pandelela Rinong berhubung isu gangguan yang berlaku  dalam kem penerjun negara sehingga menjejaskan persembahan mereka di Kejohanan Akuatik Dunia di Qatar minggu lalu.

Setiausaha Agung MAS, Andy Low berkata, persatuan itu telah membincangkan isu hangat tersebut dalam pertemuan dengan Institut Sukan Negara (ISN) dan sedang mencari punca perkara yang menjejaskan reputasi skuad kebangsaan.

“Kami mengadakan perbincangan secara menyeluruh hari ini melibatkan jurulatih dan pengarah teknikal.

“Bukan itu sahaja, kami turut membincangkan kebaikan dan titik kelemahan kami dan ia telah membuahkan hasil,” katanya.

Mesyuarat bersama ISN itu berlangsung selama tiga jam di Pusat Akuatik Nasional Bukit Jalil membahaskan segala isu dalaman mengenai skuad terjun yang menimbulkan spekulasi kepada negara.

“Kami (MAS) minta maaf kerana tidak dapat mendedahkan dengan lebih terperinci apa yang dibincangkan.

“Apa yang saya boleh maklumkan hanya kami akan mulakan siasatan dan jika ada penemuan kami akan memberitahu secepat mungkin.

“Saya sudah berjumpa Pandelela pagi ini (semalam) dan mendengar luahannya dan akan segera memulakan siasatan,” katanya.

Kegagalan skuad terjun negara di Doha juga bermakna Malaysia terpaksa bergantung harap kepada Betrand Rhodict Lises sebagai wakil tunggal negara di Sukan Olimpik Paris Julai ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN