LONDON: Pertahanan Manchester United, Lisandro Martinez terpaksa diketepikan selama lapan minggu selepas mengalami kecederaan ligamen lutut ketika The Red Devils melakar kemenangan 3-0 ke atas West Ham United, kelmarin. Kecederaan Martinez itu, sekali gus merencatkan impian pasukan kendalian Erik Ten Hag untuk layak ke Liga Juara-Juara selepas mereka mula mempamerkan kebangkitan selepas permulaan hambar pada awal musim ini. Untuk rekod, Martinez yang menjulang Piala Dunia bersama Argentina sebenarnya baharu sahaja…










