LONDON: Manchester United akan menunggu kunjungan Liverpool dalam saingan suku akhir Piala FA selepas kedua-dua musuh ketat itu meraih kemenangan ke atas lawan masing-masing dalam pusingan kelima, awal pagi tadi. United mengendurkan sedikit tekanan terhadap pengendalinya, Erik ten Hag selepas jaringan lewat Casemiro membantu pasukannya mencatat kemenangan tipis 1-0 ke atas Nottingham Forest. Sementara Liverpool yang masih segar dengan kemenangan ke atas Chelsea dalam aksi akhir Piala Liga, Ahad lalu…










