PADA umumnya berbicara tentang jangkaan kedudukan semasa ekonomi negara, bukanlah sesuatu yang mudah dan boleh dijangka dengan tepat. Mengambil iktibar oleh pakar-pakar ekonomi terhebat dunia, kadang-kadang jangkaan yang dibuat menyimpang daripada realiti. Faktor utama yang menyumbang kepada permasalahan ini disebabkan keadaan pasaran yang begitu dinamik ditambah faktor-faktor luaran yang tidak memungkinkan jangkaan berlaku seperti yang diramalkan. Perkembangan seperti geopolitik yang tidak menentu dan kekurangan data-data yang relevan menjadikan ketepatan ramalan…










