MAHASISWA dan politik berpisah tiada. Secara tersurat mahupun tersirat, cerita dan berita politik sentiasa meniti di suapan media sosial, sama ada politik parti mahupun politik kampus. Maklumlah, jika mahasiswa tidak mencari, orang politik yang datang mencari mahasiswa. Universiti sering dianggap tanah subur semaian ideologi politik kepartian. Jolokan golongan intelektual dan tiupan semangat kuasa siswa digunakan bagi memperalatkan mereka. Maka bergemalah alunan kononnya tugas dan peranan mahasiswa adalah sebagai kuasa ketiga…










