JOHOR BAHRU: Majlis Kriket Johor (JCC) mengambil langkah drastik dengan hanya mengekalkan empat anggota lama dalam kepemimpinan pertubuhan itu sewaktu mesyuarat agung tahunan di Mutiara Rini Sabtu lepas. Setiausaha sejak 2018, Haikal-Harith Adam Prakash bernasib baik kerana masih diperlukan manakala naib presiden terdahulu, Prof. Dr. Faidz A. Rahman diberi mandat mengetuai JCC sebagai presiden baharu. Dua lagi yang masih diberi harapan dalam musim pentadbiran 2024-2026 ialah ahli majlis biasa, Sudesh…










