Jun Hao mahu lakar kejutan di BATC 2024

Jun Hao mahu lakar kejutan di BATC 2024

LEONG Jun Hao menewaskan pemain Jepun, Koo Takahashi 21-19, 22-20 pada aksi pusingan pertama Terbuka Switzerland 2025 di St. Jakobshalle, Basel, semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Perseorangan muda lelaki negara, Leong Jun Hao tidak mahu mensia-siakan peluangnya dalam misi mempertahankan kejuaraan Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 minggu depan.

Bagaimanapun, Juara Kejohanan Badminton Master Kuala Lumpur 2023 itu menyedari bukan tugas mudah untuknya menghadapi saingan selepas namanya tersenarai saat akhir susulan Justin Hoh digugurkan akibat kecederaan lutut.

Menurutnya, walaupun bukan pemain utama yang menjadi tumpuan, dia optimis mahu memberi kejutan dalam kejohanan ini.

“Saya mahu bermain dengan lebih konsisten dan lebih bersedia kerana kita tidak tahu nanti akan ada kecederaan daripada pemain perseorangan yang lain.

“Misi saya dalam kejohanan ini hanya satu iaitu dalam menyumbang mata kepada pasukan.

“Selama saya bermain dalam kejohanan, ada kalah menang, saya belajar daripada setiap pengalaman bermain sebelum ini,” katanya.

Terdahulu, pemain perseorangan lelaki negara, Justin Hoh terpaksa digugurkan kerana mengalami kecederaan lutut kanann.

Mengulas lanjut, Jun Hao berkata, semangat berpasukan dalam pasukan lelaki membantu susulan jadual perlawanan yang ketat.

Dia yang bakal membuat penampilan ketiganya dalam BATC berkata, perlawanan kali ini agak sukar apabila Taiwan diundi bersama dalam kumpulan sama.

“Saya rapat dengan pemain lain serta selalu menjelajah ke mana sahaja bersama mereka dan itulah kunci kami untuk menghadapi saingan kali ini

“Tahun ini saya lihat lawan berbeza dari sebelumnya kerana mereka menghantar pemain yang agak sukar namun itu tidak mematahkan semangat kami untuk mempertahankan kejohanan edisi kali ini,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN