Jentera W15 Mercedes lebih laju - Russel

Jentera W15 Mercedes lebih laju – Russel

Pasukan Mercedes (dari kiri), Lewis Hamilton, Toto Wolff dan George Russell bersama jentera baharu pasukan itu Mercedes-AMG F1 W15 E yang akan digunakan untuk perlumbaan musim 2024. – AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAKHIR: George Russell berkata, kereta baharu Formula Satu (F1) Mercedes lebih bagus untuk dipandu berbanding tahun lalu selepas memandu 122 pusingan di Litar Sakhir, Bahrain pada hari pertama sesi ujian.

Pemandu Britain itu yang akan memberi laluan kepada rakan sepasukan iaitu bekas juara dunia tujuh kali, Lewis Hamilton untuk sesi ujian seterusnya berkata, ia adalah penampilan sulung yang positif untuk kereta W15.

“Saya rasakan kami mempunyai asas yang baik untuk permulaan ini. Kami melengkapkan banyak pusingan dan mempunyai banyak data untuk diteliti selepas ini bagi penambahbaikan.

“Kami menamatkan hari ini di kedudukan yang agak baik dan saya percaya kami boleh buat yang lagi baik pada masa akan datang ,” kata Russell yang menamatkan sesi ujian dengan menduduki tempat ke-12.

Russell yang melakar kemenangan terakhir pada November 2022 di Brazil berkata, tumpuan akan diberikan kepada pemanduan jarak yang maksimum.

“Secara keseluruhannya W15 lebih baik untuk dipandu berbanding kereta tahun lalu,” tambahnya.

Mercedes, yang kehilangan Hamilton kepada Ferrari pada penghujung musim ini, menduduki tempat kedua keseluruhan di belakang juara, Red Bull tahun lalu tetapi gagal memenangi perlumbaan.

Pengarah teknikal, James Allison ketika pelancaran kereta itu berkata, segala kelemahan tahun lalu sudah diatasi untuk memberi lebih keyakinan kepada pemandu mereka. – AGENSI/UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×