Harimau Malaya terus jadi sebutan FIFA

Harimau Malaya terus jadi sebutan FIFA

Malaysia, Comoros, Ecuador, Rwanda dan Venezuela menjadi lima pasukan pilihan FIFA dalam aksi awal kempen kelayakan Piala Dunia 2026 bagi benua Asia, Amerika Selatan dan Afrika. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) sekali lagi memuji skuad Harimau Malaya susulan prestasi memukau yang dipamerkan dalam kempen kelayakan Piala Dunia 2026.

Badan induk bola sepak dunia itu menyenaraikan Malaysia sebagai antara lima pasukan yang berjaya meraih keputusan positif paling ketara dan di luar jangkaan.

Malaysia, Comoros, Ecuador, Rwanda dan Venezuela menjadi lima pasukan pilihan FIFA dalam aksi awal kempen kelayakan Piala Dunia 2026 bagi benua Asia, Amerika Selatan dan Afrika.

Memuatkan artikel berkaitan…

Berdasarkan data daripada FIFA, skuad Harimau Malaya dibawah bimbingan Kim Pan Gon memenangi lima daripada tujuh aksi terakhir mereka dalam kelayakan Piala Dunia.

Jumlah itu termasuk dua kemenangan bagi kempen kelayakan Piala Dunia 2026 dengan Harimau Malaya ketika ini memimpin saingan Kumpulan D apabila mengumpul enam mata.

Skuad negara merekodkan kemenangan bersih dalam dua perlawanan awal selepas menewaskan Kyrgyzstan (4-3) dan Taiwan (1-0) pada November tahun lalu.

“Ketika pusingan kedua kelayakan peringkat AFC (Konfederasi Bolasepak Asia) yang lain diketuai oleh pasukan gergasi seperti Jepun, Korea Selatan dan Arab Saudi, Malaysia menonjol sebagai pasukan yang menampilkan aksi cemerlang di luar jangka dalam Kumpulan D.

“Mereka mencipta rekod sempurna (kemenangan bersih), mencatat kemenangan ke atas Kyrgyzstan selepas pertarungan hebat dan mengatasi Taiwan pada November.

“Oman yang berada di kedudukan ke-74 dunia iaitu 56 tangga di depan Malaysia, kedua-dua pasukan itu akan bertembung dalam dua aksi pada Mac,” jelas FIFA dalam satu kenyataan.

Untuk aksi seterusnya Malaysia akan berkunjung gelanggang Oman pada 22 Mac sebelum melayan skuad Red Demons itu di Stadium Nasional Bukit Jalil, 26 Mac ini.

Anak buah Pan Gon baru pulang daripada tugasan Piala Asia 2023 di Qatar dan terkandas di peringkat kumpulan.

Biarpun tersingkir awal, namun skuad negara meraih pujian apabila berjaya mengikat pasukan ranking 23 dunia, Korea Selatan 3-3 dalam aksi terakhir di Stadium Al Janoub, 25 Januari lalu. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini