Fulham sambar penyerang Chelsea

Fulham sambar penyerang Chelsea

ARMANDO Broja berpindah ke Fulham dari Chelsea secara pinjaman sehingga akhir musim ini. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Fulham melengkapkan perpindahan pemain Chelsea, Armando Broja secara pinjaman sehingga akhir musim ini dengan yuran yang dijangka menelan kos RM24 juta.

Penyerang Albania itu telah menjalani ujian perubatan, kelmarin dan telah menandatangani perjanjian secara pinjaman sehingga berakhir musim ini.

Fulham akan membayar RM4.4 juta buat permulaan, dan yuran perpindahan itu boleh mencecah RM24 juta bergantung kepada struktur bayaran seperti dipersetujui.

Chelsea pada mulanya menawarkan RM300 juta untuk Broja untuk berpindah tetap atau secara pinjaman, namun jumlah itu berubah selepas kelab itiu bersetuju dengan tawaran RM30 juta untuk pemain terbabit secara pinjaman.

Sebelum ini, Wolves turut menunjukkan minat mendapatkan pemain berusia 22 tahun itu yang setakat ini telah menjaringkan dua gol daripada 19 penampilan bersama kelab pada musim ini.

Broja bagaimanapun tidak diturunkan semasa Chelsea dibelasah 4-1 oleh Liverpool. – AGENSI/UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×