PETALING JAYA: Keserasian pemain baharu di kem Selangor FC menceriakan pengendalinya, Tan Cheng Hoe dan dia menganggap situasi itu amat positif dalam membentuk sebuah pasukan yang mantap. Selepas berjaya membawa gergasi Merah Kuning menjadi naib juara Liga Super musim lalu, Cheng Hoe juga mengakui tidak sabar untuk memulakan musim baharu yang lebih gemilang dengan ‘raja’ Lembah Klang itu. Menurut Cheng Hoe, pemain-pemain baharu yang dibawa masuk seperti Ronnie Fernandez, Alvin…










