SATU kejadian jenayah pembunuhan yang boleh dianggap cukup penting berlaku di Singapura pada 1850. Peristiwa itu amat bermakna sehingga penjajah British pada waktu itu mengupah Bapa Kesusasteraan Melayu Moden, Munsyi Abdullah menulis risalah khas mengenainya. Laporan di akhbar Singapore Free Press (27 September 1850) benar-benar memeranjatkan penduduk pulau itu apabila dimaklumkan nasib malang seorang kanak-kanak lelaki berumur 12 tahun menjadi mangsa penderaan. Budak bernama Aman berdarah Arab dan dibawa sebagai hamba dari Aceh oleh Haji Sabar Ali, lelaki Tamil-Muslim yang menjadi penterjemah bahasa Tamil dan Melayu di mahkamah polis. Akibat…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya