KUALA LUMPUR: Atlet ping pong negara, Alice Chang menumpang tuah tahun naga untuk mencapai impiannya ke Sukan Olimpik di Paris, Julai ini yang belum pernah dilakukan oleh mana-mana pemain Malaysia. Atlet berusia 24 tahun itu berkata, demi impian dia sanggup mengorbankan sambutan Tahun Baharu Cina. “Saya dilahirkan pada tahun naga, jadi, saya harap tahun ini dapat memberi tuah kepada saya untuk melakar banyak kemenangan dan sekali gus, membantu saya memburu…










