PUTRAJAYA Wetland ialah kawasan awam yang penting di Putrajaya merupakan tanah lembab buatan pertama di Malaysia. Kawasan seluas 335.75 ekar direka bentuk khas untuk berperanan sebagai kawasan hijau yang menstabilkan iklim Putrajaya. Ia dibina dengan sistem tasik yang tersusun untuk mengalir dan menapis air tercemar serta berfungsi dalam kawalan banjir. Di kawasan daratan pula, tumbuhan yang ditanam menampakkan seperti landskap yang berfungsi dalam ekosistem bandar. Kedudukan tasik-tasik yang direka khusus,…










