ISU pencen penjawat awam adalah satu perkembangan baharu yang tidak pernah berlaku sebelum ini. Lantikan baharu penjawat awam tidak lagi akan menerima skim pencen yang diamalkan sejak sekian lama dalam pentadbiran awam negara. Pencen adalah salah satu kelebihan bagi penjawat awam. Ia dilihat sebagai satu jaminan kehidupan di hari tua. Walaupun gaji penjawat awam tidak besar berbanding dengan pekerja swasta, tetapi kelebihannya adalah pencen yang bakal diterima setelah bersara nanti…