SERI Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Ke-16, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah serta Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah sangat istimewa di hati rakyat kerana keperibadian baginda berdua yang mesra, prihatin dan sentiasa cakna akan keluh-kesah serta untung nasib rakyat. Lebih penting lagi, Al-Sultan Abdullah telah berjaya mengemudi negara di saat-saat yang amat sukar dan getir. Kebijaksanaan dan ketelitian baginda dalam membuat keputusan penting di saat-saat genting…










