ISRAK dan Mikraj adalah kurniaan Allah dalam bentuk tasliyah (hiburan) kepada Nabi Muhammad SAW. Ini berikutan baginda dilanda perasaan dukacita kerana dua insan disayangi meninggal dunia. Mereka ialah isteri baginda iaitu Khadijah dan juga bapa saudaranya, Abu Talib. Kedua-dua insan ini bukan sahaja amat banyak membantu tugas dakwah baginda, malah mereka juga boleh dianggap tunggak kepada meluasnya penyebaran Islam di Mekah walaupun Abu Talib meninggal sebelum memeluk Islam. Perjalanan baginda…










