BARU-BARU ini kita sekali lagi dikejutkan dengan penularan sepinggan ayam goreng kunyit berharga RM20 di sebuah kedai makan di Pantai Chenang, Langkawi. Sebelum itu turut tular tentang air kosong RM5 juga di pantai yang sama namun ditepis oleh pemiliknya dengan dakwaan juruwang restoran berkenaan tersalah masuk kod minuman itu. Mengimbas insiden pada 2021, tragedi siakap tiga rasa yang berharga lebih RM1,000, ‘meletup’ di pulau peranginan negara itu. Banyak yang menganggap…










