Spaghetti sejenis masakan popular dari Itali yang enak dimasak dengan campuran sos tomato, daun herba seperti oregano, minyak zaitun dan campuran sayur atau daging.
Di negara ini, spaghetti Bolognese atau carbonara paling digemari lebih-lebih lagi ditambah parutan keju.
Kafe Tuang’s terletak di dalam IPD Petaling Jaya yang dibuka kepada orang awam, ada menyediakan Spaghetti Ayam yang sering menjadi pilihan pelanggan.
Bahan-bahannya:
2 sudu cili giling
2 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
4 sentimeter (cm) halia
3 cm lengkuas
3 batang serai
Sehelai daun kunyit
3 helai daun limau purut
2 sudu kerisik
200 gram santan
Cara membuatnya:
1. Rebus spaghetti hingga empuk, tos dan ketepikan.
2. Kisar semua bahan-bahan di atas kecuali daun limau dan daun kunyit.
3. Daun limau dan daun kunyit dihiris halus.
4. Panaskan kuali dan masukkan sesudu besar minyak.
2. Tumis bahan-bahan yang dikisar tadi sehingga pecah minyak.
3. Masukkan santan dan kerisik dan biarkan dua hingga tiga minit.
4. Masukkan hirisan daun limau dan daun kunyit.
6. Campurkan spagett dan rendang ayam tadi sehingga sebati.
7. Sedia untuk dihidang.










