SELURUH warga universiti menyambut baik kesungguhan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) untuk memperkasakan peranan wakaf di universiti. Dalam perutusan tahun baharu, Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin menegaskan keperluan bagi setiap universiti untuk meraih dana wakaf, endowment, infak dan apa jua sumbangan bagi memastikan universiti berfungsi sebaiknya. Peranan wakaf dilihat amat signifikan dan mampu menjadi pemangkin kepada kemampanan kewangan di universiti. Turut ditegaskan beliau ialah keperluan menjadikan universiti mandiri…