Tips mendapatkan gambar keluarga terbaik - Utusan Malaysia

Tips mendapatkan gambar keluarga terbaik

Penggunaan lensa telefoto bagi menghasilkan imej latar belakang kabur dan mata hanya tertumpu kepada subjek sahaja 70mm, f5.6 shutter 250.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Jika anda fikir mengambil gambar potret seseorang adalah sukar, bagaimana pula dengan merakam gambar secara berkumpulan?.

Disember ini banyak universiti awam mengadakan hari konvokesyen. Sudah pasti setiap keluarga akan merakam momen-momen berharga bersama.

Berikut beberapa tips untuk mendapatkan gambar keluarga yang baik.

Peraturan pertama perlu anda terapkan ialah menyusun ahli keluarga mengikut ketinggian dan fizikal mereka, iaitu anda perlu meletakkan mereka yang rendah di hadapan dan yang tinggi di belakang.

Perhatikan keseluruhan frame anda, ini contoh gambar latar belakang yang perlu dielakkan seperti bakul sampah awam dan tiang lampu yang mengganggu tumpuan.

Namun begitu, anda boleh guna kreativiti formasi berperingkat, daripada meletakkan mereka secara grid ketinggian susun mereka dalam corak yang lebih kompak.

Warna pakaian turut memainkan peranan dalam menghasilkan gambar berkumpulan yang baik. Jika mereka memakai pakaian yang sedondon, cuba memasukkan melemen warna lain dengan memasukkan objek lain yang berbeza warna, seperti jambangan bunga atau pun aksesori lain.

Pastikan muka setiap subjek anda dapat dilihat dengan jelas di dalam frame kamera. Pastikan tangan mereka diletak di bawah atau di belakang supaya tidak mengganggu muka subjek anda.
Satu lagi perkara asas dalam fotografi yang perlu anda titikberatkan adalah sudut pencahayaan di lokasi.

Pastikan subjek menghadap matahari, elakkan matahari berada di belakang subjek.

Menggunakan lensa wide pada fokal 24mm menjadikan imej lebih kelihatan memenuhi ruang frame.

Jikalau mempunyai lampu denyar, anda boleh menggunakannya sebagai lampu utama subjek manakala matahari kita jadikan highlight.

Latar belakang juga perkara asas yang penting bagi menghasilkan gambar kumpulan yang cantik.

Elakkan objek-objek yang mengganggu pandangan anda semasa membidik.

Pemilihan lensa juga memainkan peranan penting.

Jika menggunakan lensa wide angle, kita akan dapat subjek yang luas dari segi ruang, dan lensa telefoto pula, latar belakang akan kelihatan kabur dan subjek kelihatan lebih tajam.

Terima kasih kepada Puan Nor Azlinda Binti Shaari dan Tahniah Buat Syafa’at Arfa yang berjaya menghabiskan pelajaran di Uitm.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya