Sama ada anda dan pasangan inginkan pengembaraan yang menarik, percutian romantik peribadi atau kemewahan yang tiada tandingan, semuanya terdapat di hotel popular sekitar Selangor ini.
SUNWAY RESORT HOTEL
Resort di kawasan bandar ini menawarkan lebih daripada penginapan dan perkhidmatan mewah. Dengan pilihan bilik dari vila bersama kolam renang peribadi ke club suite bersama butler peribadi, pasti akan memberikan anda pengalaman yang menyeronokkan. Cabar adrenalin dengan aktiviti yang mendebarkan di taman tema ikonik Sunway Lagoon yang berdekatan dengan resort bersama pasangan atau membeli-belah jenama kegemaran di pusat membeli-belah Sunway Pyramid.
MOVENPICK HOTEL & CONVENTION CENTRE
Terletak di Sepang, hotel ini antara terbaik untuk menginap ketika percutian berbulan madu. Anda pasti kagum menyaksikan seni bina geometri uniknya sambil dikelilingi oleh kolam biru yang menenangkan dan pokok palma.
CYBERVIEW RESORT & SPA
Pusat peranginan butik 5-bintang ini menampilkan perkhidmatan berkualiti tinggi serta layanan mesra. Dikelilingi pokok palma, taman tropika bersama chalet, suite dan banglo yang selesa, amat sesuai untuk berbulan madu. Ada honeymoon suite dengan pemandangan taman yang indah beserta tab jakuzi.
ESPIRA KINRARA
Lokasinya di Petaling Jaya ini menawarkan penginapan lebih berpatutan tetapi masih memberi kemudahan dan servis yang baik. Terletak di Puchong di daerah Petaling, resort ini sesuai bagi mereka yang inginkan percutian bulan madu dengan bajet yang minimum. Dengan kolam renang outdoor berhadapan dengan bilik, pengunjung boleh terus bermandi-manda ataupun berehat di kerusi lounge berdua-duaan.
THE SAUJANA HOTEL
Lokasinya terletak hanya beberapa minit sahaja dari Subang Airport. Resort mendamaikan ini menawarkan bilik penginapan dengan konsep berlainan dilengkapi pemandangan taman, tasik dan padang golf yang indah, termasuk spa.
AMVERTON COVE GOLF & ISLAND RESORT
Terletak di Pulau Carey, resort ini menawarkan pilihan bilik yang banyak, villa dan juga chalet berhadapan tasik yang selesa bagi tetamu. Antara kemudahan ditawarkan di sini, termasuklah kolam renang, game room, spa dan gimnasium. Ia turut menyediakan fasiliti outdoor seperti flying fox, ATV, paragliding dan sukan air, khusus bagi pasangan yang sukakan cabaran sewaktu berbulan madu.










