Nasi lemak BTS - Utusan Malaysia

Nasi lemak BTS

Nasi Lemak BTS.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Nasi lemak merupakan menu kegemaran rakyat Malaysia sama ada ketika sarapan pagi, tengah hari, minum petang mahu pun makan malam.

Tidak keterlaluan dikatakan, keenakan hidangan tradisi ini mampu menenangkan jiwa dan menceriakan sesiapa sahaja terutama jika lauk-pauknya meriah.

Lupakan seketika ‘watak sampingan’ seperti ayam goreng, sambal sotong mahu pun paru, apa kata kita ubah selera dengan memasak nasi lemak berlaukkan ayam buttermilk dan sambal hijau.

Resipi kali ini dinamakan nasi lemak BTS. BTS bukan merujuk kepada kumpulan penyanyi dari Korea Selatan, sebaliknya merupakan singkatan kepada ‘Boleh Tambah Sambal’.

Sambal Hijau

Bahan-bahan:
100 gram (g) cili hijau besar
200 g cili api hijau kecil

40 g bawang putih

40 g gula

20 g garam

30 mililiter minyak

Cara penyediaan:
1) Kisar kasar cili hijau besar, cili hijau kecil dan bawang putih.

2) Panaskan minyak masak sehingga 180 darjah selcius.

3) Masukkan semua bahan dikisar di samping garam, gula dan minyak panas dalam mangkuk. Kacau sebati dan sedia dihidangkan.

Ayam buttermilk

Bahan-bahan:
125 g mentega

330 g susu cair

100 g susu pekat

105 g keju cheddar

20 g daun kari

40 g bawang putih

35 g cili padi

3 g garam

Cara penyediaan:
1) Bawang putih dan cili padi dikisar halus.

2) Cairkan mentega dan tumiskan bahan kisar serta masukkan daun kari sehingga naik bau.

3) Letak susu cair dan pekat, keju serta garam. Kemudian kacau hingga sebati dan mendidih.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN