Mi kari yang enak sudah tentulah terletak pada kuahnya. Kuah yang tidak terlalu pekat dan tidak pula terlalu cair sudah, adalah paling ideal untuk dipadankan dengan mi yang telah dicelur.
Keseimbangan rasa lemak dari santan dan sedikit rasa pedas juga pastinya mampu membangkitkan selera sesiapa sahaja.
Minggu ini Seri kongsikan resipi mi kari mudah daripada pemilik Instagram didapuryana, Nurliyana Mansor.
Bahan-bahan :
3 senduk kecil bawang merah kisar
2-3 senduk kecil cili kisar
2 sudu besar bawang putih kisar
1 sudu besar halia kisar
1 sudu besar kunyit hidup kisar
2 sudu besar serai kisar
1 sudu besar lengkuas kisar
1 helai daun kunyit
2-3 tangkai daun kari
4-5 sudu besar serbuk kari ayam atau daging
Air
Isi ayam/udang/kerang
Bebola ikan
Kek ikan
3 liter air
Garam
Serbuk perasa
Gula
3 cawan santan
Tauhu lampung
Mi kuning/bihun (dicelur)
Taugeh (dicelur)
Kacang panjang (dicelur)
Telur rebus
Bawang goreng
Cara penyediaan:
1. Tumis bahan kisar sehingga naik bau.
2. Masukkan serbuk kari dan sedikit air. Tumis sehingga pecah minyak.
3. Masukkan isi ayam, bebola ikan dan kek ikan. Kacau rata dan masak sebentar.
4 Masukkan air.
5. Perasakan dengan garam, serbuk perasa dan sedikit gula. Biarkan mendidih.
6. Masukkan santan dan tauhu lampung.
7. Biarkan mendidih sebentar.
8. Siap untuk dihidangkan.










