Setiap individu perlu bijak merancang kewangan masing-masing bagi mengelakkan perbelanjaan berlebihan di samping terperangkap dalam hutang tidak terurus, kebankrapan dan penipuan. Namun, kekurangan pengetahuan mengenai perkara itu menyebabkan masih ramai yang gagal merancang dan menguruskan kewangan mereka hingga kini. Justeru, tidak hairanlah apabila ada yang terpaksa mengikat perut atau meminjam wang daripada ahli keluarga mahu pun rakan-rakan terdekat semata-mata untuk meneruskan kelangsungan hidup hingga hujung bulan. Bersempena tahun baharu 2023…










