Research-Base Indigenous di Festival Antarabangsa ‘Orang Asal’ - Utusan Malaysia

Research-Base Indigenous di Festival Antarabangsa ‘Orang Asal’

Gambar nilai kehidupan masyarakat kaum Bateq di Kampung Begoi, Pahang. – Utusan/Fadli Abd Razak
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Tanggal 22 Oktober lepas, bertempat di Muzium Orang Asli Gombak telah berlangsung Festival Orang Asal yang melibatkan persidangan antarabangsa berkenaan kajian saintifik ‘orang asal’ secara kolektif.

Anjuran Pejabat Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan & Inovasi), UiTM dengan kerjasama Kolej Pengajian Seni Kreatif, UiTM, Instituted Biodiversity & Sustainable-IBDS, RENUE-UiTM dan Jabatan Kemajuan Orang Asli JAKOA ini berjaya menghimpunkan hasil kajian ilmiah menggabungkan seni dan sains.

Jabatan Fotomedia Kreatif, UiTM terpanggil untuk mempersembahkan karya fotojournalistik dalam bentuk dokumentari ethnomethodology, berkonsepkan Research-Base Indigenous Photography.

Sebanyak 60 karya dipamerkan hasil daripada data diperoleh hasil kajian bersama kaum Bateq di Taman Negara Kuala Tahan, Pahang.

Pameran fotografi ini dapat membantu pengkaji dengan lebih komprehensif berkenaan hasil seni fotografi yang dirakam.

Potret daripada suku kaum Orang Asli masyarakat Bateq dengan cara hidup serta pemakaian tersendiri di Kampung Begoi, Pahang.

Dalam konteks pengkajian ilmiah visual gambar, ia memperjelaskan berkenaan pentafsiran tiga jenis maklumat kontekstual iaitu dalaman, asli dan luaran.- Barrett, T. (1986).

Signifikansi gambar kajian dilihat secara menyeluruh dan berfungsi secara analog dengan pernyataan bahasa visual mengenai penjelasan, tafsiran dan teori terhadap sesebuah gambar untuk difahami.

Ia turut mempamerkan dokumentari yang melibatkan kaum Orang Asli Mah Meri, Pulau Carey di mana visual yang memperlihatkan perayaan memperingati hari moyang serta hasil seni Mah Meri.

Selain daripada pameran fotografi, terdapat juga pameran-pameran seni lain yang dipersembahkan serta demonstrasi seni dari kalangan pensyarah dan pelajar KPSK, UiTM.

Festival ini berjaya menarik penglibatan penyertaan pengkaji dari luar negara di dalam siri – International Conference of Indigenous Cross-cultural Studies 2022 – ICCS 2022 di dalam pembentangan kertas kajian di sesi konferensi yang berlangsung selama dua hari.

———-

Penulis merupakan bekas jurufoto Utusan Malaysia dan kini berkhidmat sebagai pensyarah di Jabatan Fotomedia Kreatif, Kolej Pengajian Seni Kreatif (KPSK), UiTM.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×