Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) menyaksikan penglibatan golongan selebriti yang bertanding, membawa perjuangan masing-masing atas keprihatinan terhadap nasib rakyat. Perkembangan ini membuktikan besarnya pengaruh golongan tersebut dalam menyuarakan aspirasi rakyat. Masing-masing mendepani manifesto tersendiri, yang antara lain memfokuskan kepada kebajikan dan keperluan masyarakat yang selama ini mendambakan pembaharuan dalam tampuk pemerintahan. Berjayakah para selebriti meraih sokongan rakyat, menang dalam PRU15 sekali gus merealisasikan perjuangan mereka? Segalanya bakal terjawab 19 November…










