“Cikgu, anak saya hendak buat apa selepas ini?. Tolong saya cikgu, carikan dia kerja.” Kata-kata yang dilontarkan oleh ibu kepada murid berkeperluan pendidikan khas (MBPK) yang baru sahaja menamatkan pengajian itu membuatkan gurunya, Dr. Shyielathy Arumugam terkedu. Mana tidaknya, anak istimewa itu adalah salah seorang pelajar yang berada dalam kategori kefungsian paling rendah serta mempunyai keterbatasan dalam pergerakan fizikal, komunikasi, bahasa, interaksi sosial dan kognitif. Jadi, agak mustahil buat remaja…
								
								
								
											








