Burger wagyu Doplohtiga - Utusan Malaysia

Burger wagyu Doplohtiga

Burger wagyu Doplohtiga.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Sebut sahaja wagyu pasti ada yang terliur dengan kelembutan daging lembu itu, apatah lagi jika ia diimport dari Jepun.

Ini kerana daging wagyu dari negara berkenaan dikenali sebagai daging terbaik di dunia berdasarkan tekstur yang lembut, selain rasanya yang enak.

Bagi penggemar wagyu, kali ini Seri bawakan resipi burger wagyu Fukuoka A5 untuk dicuba di rumah. Wagyu Fukuoka A5 adalah nama menggambarkan gred daging.

Caranya cukup mudah. Selamat mencuba!

Bahan-bahan:
1 patti wagyu Fukuoka A5

garam Himalaya (secukup rasa)

serbuk lada hitam kasar (secukup rasa)

sedikit sos/perasa (untuk daging)

4 gram (g) sos Sriracha

2 keping keju cheddar

20 g mayonis cajun

20 g mayonis lada hitam

10 g salad

70 g kentang goreng

serbuk perasa (untuk kentang)

1 biji roti

sedikit mentega

Cara penyediaan:
1) Gorengkan kentang.

2) Ambil patti daging wagyu atau apa sahaja patti dan perasakan dengan menggunakan garam serta serbuk lada hitam kasar.

3) Bentukkan patti menjadi bulat dan masak di dalam kuali leper atau hot plate hingga bahagian bawah (patti) bertukar keemasan.

4) Terbalikkan patti selepas tiga minit dan perasakan dengan sos. Kemudian letak keju cheddar dan sos Sriracha di atasnya.

5) Potong roti kepada dua bahagian dan sapukan mentega sebelum dimasak.

6) Bahagian atas roti yang sudah dimasak kemudian disapukan dengan mayonis lada hitam manakala mayonis cajun pula di bawahnya.

7) Letakkan salad dan patti berserta keju pada roti.

8) Sedia dihidang bersama kentang goreng berperisa.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN