Adegan sumbang dalam drama suatu ‘keperluan’ kah? - Utusan Malaysia

Adegan sumbang dalam drama suatu ‘keperluan’ kah?

MENGEMBALIKAN minat dan kegembiraan kanak-kanak di peringkat sekolah rendah wajar menjadi agenda utama negara. - GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Hari ini saya lihat adegan sumbang seperti rogol dan cabul dalam drama tempatan yang ditayangkan di kaca televisyen, seolah-olah bagai suatu ‘kemestian’.

Kadangkala saya rasakan babak sedemikian, tidak perlu pun sebab tanpanya, tidak mencacatkan jalan cerita.

Kalau drama dan filem dulu-dulu sekitar tahun 80-an, adegan sumbang di simbolikkan dengan sesuatu yang lain seperti bunga yang sedang layu atau pinggan kaca yang pecah berderai. Kononnya untuk lebih manis.

Sekarang ini, yang paling tidak sedapnya bila ada adegan sumbang membabitkan budak, diserlahkan dengan lakonan yang menunjukkan bahagian tangan dan reaksi muka. Tidak lagi disimbolikkkan seperti dalam drama Suri Hati yang baharu sahaja selesai ditayangkan di televisyen baru-baru ini.

Setiap kali Laila, lakonan Nadia Brian, teringat insiden jenayah masa kecilnya, pasti adegan itu dipertontonkan.

Adakah pihak televisyen tidak sensitif mengenai hak kanak-kanak yang seharusnya dilindungi? Mereka tidak sepatutnya melakonkan watak sedemikan yang barangkali dia pun tak tahu yang dia sedang melakukan aksi tidak sesuai untuk tontonan umum.

Saya membayangkan bagaimana ibu bapanya boleh membenarkan anaknya melakonkan babak seperti itu? Itukah yang dinamakan berfikiran terbuka?

Kita yang ada anak remaja ini pun malu menonton adegan sebegitu walaupun ianya hanya sebuah lakonan.

Yang menjadi persoalan, kenapa dalam drama Mat Salleh, adegan berkucupan boleh pula di tapis? Tetapi dalam drama Melayu, adegan sumbang itu diadakan?

Saya membangkitkan isu ini kerana drama sebegini diaturkan stesen televisyen untuk tontonan umum, lainlah program berbayar yang kita boleh pilih ikut selera sendiri.

Memetik kata Pakar Psikologi, Prof Datin Dr Mariani Md Nor, apabila kanak-kanak sudah masuk dalam dunia akil baligh, naluri melakukan seks itu telah ada, ditambah lagi apabila mereka telah didedahkan dengan banyak elemen-elemen berunsur seks (di internet).

Saya kira lakonan dalam drama itu, bukannya pendidikan seks yang penting untuk kita tahu sebab ilmunya lebih menyentuh mengenai aspek kesihatan dan keselamatan.

Hari ini ini kita sudah banyak didedahkan dengan adegan sebegitu yang boleh kita tengok di hujung jari.

Cukup-cukuplah, tidak perlu dihidangkan di kaca televisyen. Berilah penonton cerita dan pengisian membina.

Saya dan ramai lagi ibu bapa lain, rindukan drama berbentuk kekeluarga seperti Opah dan gila-gila seperi Kampung People.

———–
Nor Afzan Mohamad Yusof, Penolong Pengarang Berita, Utusan Malaysia.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya