JIKALAU ada yang berfikiran bahawa tugas dan peranan tentera hanya diperlukan ketika perang, ia tanggapan yang amat salah sama sekali. Di sebalik dakwaan segelintir pihak kononnya tentera hanyalah makan dan tidur, perwira negara ini hakikatnya mempunyai misi lain termasuklah memberi bantuan kepada rakyat menerusi misi kemanusiaan. Semua misi bantuan kemanusiaaan ini sudah bermula menerusi pelaksanaan program jiwa murni (PJM) ketika era menentang pengganas komunis pada era 1970-an lagi sehingga kini.…