FILEM genre aksi seni bela diri sebenarnya memiliki kelompok peminat tersendiri dalam kalangan penonton. Lihat sahaja penangan filem pecah panggung seperti Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan yang menyuntik minat, sekali gus mengangkat seni silat Melayu, terutama dalam kalangan generasi muda. Tidak mahu terkecuali, filem Siku 12: Langkah Derhaka arahan Azhari Zain turut menekankan aksi seni bela diri. Bezanya, pengarah cenderung memperkenalkan seni mempertahankan diri, Muay Thai yang begitu terkenal di Thailand…










