SUDAH berapa bilion duit kerajaan disalurkan dalam bentuk subsidi kepada sektor ayam dan telur? Adakah itu membantu industri dan pengguna? Jika jujur pada diri sendiri serta rakyat, kita pasti mengakui jawapannya, tidak. Maka, apakah ertinya apabila tindakan menyalurkan subsidi secara berterusan jika masalah ini tetap tidak selesai? Sudah tentu ibarat menembak ke langit terbuka. Tembak dan tembak, namun tetap gagal mengenai sasaran. Beri dan beri subsidi, namun masalah ayam dan…










