Tiram bakar lemak berkrim - Utusan Malaysia

Tiram bakar lemak berkrim

Tiram bakar lemak berkrim sentuhan Roskaimi Rosli.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MASIH tercari-cari idea menu makan malam pada hujung minggu ini? Jom cari kelainan dengan memasak tiram bakar untuk sajian seisi keluarga anda.

Cara penyediaannya cukup mudah dan siapa sangka hidangan kayangan yang lazimnya disajikan di hotel kini boleh dihasilkan sendiri di rumah. Selamat mencuba!

Bahan-bahan (untuk hidangan dua orang):

Tiram (enam ekor)

* Semangkuk kecil krim masakan

* Semangkuk kecil susu segar

* 1 sudu teh garam

* ½ sudu teh serbuk lada hitam

Cara penyediaan:

* Bersihkan tiram.

* Panaskan krim masakan, susu segar, garam dan serbuk lada hitam dalam periuk.

* Kacau sehingga pekat.

* Kemudian tuangkan adunan itu pada setiap tiram.

* Bakar dalam ketuhar selama 5 minit.

* Tambahkan perahan lemon atau serbuk cili untuk lebih perasa.

* Siap.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN